Font Size

Screen

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

DESA MURNI BATIK SDN BHD (861481-D)

Produk Asli Terengganu Untuk Kesempurnaan Wanita - Pesona Wanita Ilham Kami - Semenjak 1974

Mengenai Kami

  • PDF

Desa Murni Batik Sdn. Bhd.(861481-D), salah sebuah syarikat pengeluar batik bumiputera yang mula ditubuhkan dan memulakan operasi, mengeluar dan menjual batik pada tahun 1974. Diasaskan oleh Tuan Haji Embong Bin Su dan kini perusahaan keluarga ini telah diwarisi oleh anaknya iaitu Tuan Haji Suhaimi Bin Embong. 


Memulakan perusahaan dengan memproses batik secara tradisional iaitu batik blok (terap) dan kemudiannya batik lukis tangan pada tahun 1990. Untuk menampung permintaan terhadap batik yang semakin meningkat naik, Desa Murni telah memulakan operasi secara besar-besaran dengan terbinanya kilang yang berteknologi baru. Operasi yang dijalankan adalah seperti melukis, mencetak dan mewarna bagi pemprosesan sarong,sutera dan lain-lain.

Pada sekitar tahun 1995 pula, batik yang diproses secara cetakan tangan turut diperkenalkan. Selaras dengan peredaran zaman serta kecanggihan teknologi masa kini, Desa Murni tampil dengan idea baru apabila lahirnya seni batik yang digabungkan dengan teknologi moden dikenali sebagai batik sutera digital pada tahun 2005 yang sebelum ini banyak dimonopoli oleh pengusaha dari Itali dan Jepun. Pembuatannya berasaskan cetakan iaitu dengan menggunakan sistem yang berteknologi tinggi daripada Itali. Ia juga lebih mudah dan menjimatkan masa memproses akan tetapi masih mengekalkan konsep batik itu sendiri. Ternyata batik sutera digital kini mampu bersaing dipasaran dan berjaya mendapat tempat dikalangan pengguna yang sentiasa inginkan kelainan. Dengan permintaan yang semakin menggalakkan ini, Desa Murni telah memperkenalkan keluaran baru batik sutera digital dengan menawarkan lebih 100,000 design terkini dalam usaha memenuhi citarasa pelanggan dalam dan luar negara.

Selain batik sutera digital ini, Desa Murni juga terkenal dengan pelbagai produk seperti tudung dan pelbagai jenis kain yang boleh didapati di setiap cawangannya.

You are here Mengenai Kami